Wednesday, October 14, 2009

Rakyat sokong BN

Rakyat Perak memberi sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional pimpinan Dato Seri Dr Zambry yang hendak mengadakan sidang DUN tidak lama lagi.

Malah, rakyat meminta Dr Zambry jangan mempedulikan tindak tanduk pemimpin pakatan pembangkang. Mereka mahu Menteri Besar itu teruskan usaha memaju dan membangunkan rakyat.

Rakyat perlukan kerajaan yang benar-benar dapat membela nasib mereka, bukan kerajaan yang hanya menjadi boneka kepada Cina DAP.

Rakyat Perak juga telah menolak pemimpin pembangkang sebagaimana mereka menolaknya pada Pilihan Raya Umum ke-12 tahun lalu. Walaupun pembangkang menang 31 kerusi ketika itu, tidak bermakna pembangkang menang dan rakyat menolak BN.

Ini telah terbukti apabila tidak sampai satu tahun pembangkang memerintah, tiga daripada wakil rakyat mereka telah keluar dari parti itu dan berada dalam kelompok Bebas.

Ini sudah menunjukkan pakatan pembangkang tidak serasi dan tidak sehaluan. Ketiga-tiga ADUN yang keluar dari pakatan itu menyedari mereka telah diperalatkan oleh Cina DAP, sebab itu mereka tidak mahu terus berada dalam pakatan pembangkang.

Nizar sendiri secara terang-terangan menjadi patung kepada Cina DAP. Dan memang wajar beliau diberi gelaran Beruk DAP. Sebab dalam apa-apa hal beliau ditolak dan diasak oleh Cina DAP supaya berada di depan.

Si Nizar ni adalah jenis pemimpin yang menganggap bila dia berada di depan, dia mendapat kepercayaan DAP, tetapi sebaliknya dia lupa dia sebenarnya menjadi benteng rapuh kepada Cina DAP.

Dia lupa dirinya akan menjadi sasaran tohmahan rakyat. Dalam hal ini nampak sangat Nizar adalah alat kepada DAP. Dia dipilih oleh DAP sebagai menteri besar ketika pakatan pembangkang menang dulu kerana dia antara yang mudah dicucuk hidung.

Beliau ini samalah seperti Khalid Ibrahim.

1 comment: