Thursday, September 24, 2009
Teruskan Sidang DUN, pedulikan pembangkang
Keengganan pembangkang hadir ke sidang DUN sebenarnya tidak akan menjadi kudis gatal kepada kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. Beliau boleh meneruskan persidangan itu tanpa kehadiran pembangkang pun.
Persidangan tanpa pembangkang ini pernah berlaku di Kelantan pada awal tahun 1990-an apabila semua kerusi DUN dibolot oleh Angkatan Perpaduan Ummah (APUN) yang menyaksikan gabungan Parti Melayu Semangat 46 dengan Pas.
APU di Kelantan ketika itu menyapu bersih semua kerusi sehingga tidak ada satu kerusi pun dimenangi oleh Barisan Nasional (BN). Jadi, hal ini dianggap sama dengan Perak. BN Perak kini mempunyai 31 kerusi, manakala pembangkang 28 kerusi. Kalau BN Perak bersidang dan meluluskan usul sekali pun, persidangan itu dianggap sah kerana mempunyai suara majoriti dan mendapat perkenan Sultan.
Kenapa BN Perak perlu takut kepada pembangkang yang diketuai Nizar dan Sivakumar? Mereka berdua ini tidak dapat berbuat apa-apa melainkan, mereka hanya takut kepada rakan gabungannya DAP.
Dr Zambry tidak perlu takut. Sidang DUN boleh diteruskan bulan depan. Jangan fikirkan soal ketidakhadiran pembangkang, BN kena fikirkan masa depan rakyat Perak. Pilihan raya umum lambat lagi, ketika inilah BN perlu mencari jalan untuk memikat hati rakyat. Pedulikan pembangkang. Memang tugas mereka hanya membangkang membuta tuli. Itu tugas mereka. Biarkan si Luncai dengan labu-labunya.
Wednesday, September 23, 2009
Seorang Hassan Yang Histeria & Hilang Kewarasan
oleh Fauzi Irwan Shah-bypass308.blogspot.com
1.FAKTA:
Selcat ditubuhkan oleh DUN Selangor selepas pilihan raya umum Mac 2008 untuk memantau selia dan memeriksa keupayaan, kebertanggungjawab dan ketelusan dalam segala urusan pentadbiran kerajaan negeri. Anggotanya terdiri daripada Haniza Mohd. Talha (PKR-Taman Medan), Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa), Shaari Sungib (PAS-Hulu Klang), Edward Lee Poh Lin (DAP-Bukit Gasing), Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang) dan Ismail Sani (BN-Dusun Tua).Selcat akan mengadakan pertemuan susulan selama lima hari bermula 21 Oktober ini.
2.HISTERIA HASSAN ALI (YANG JUGA EXCO NEGERI):
"Format dan prosedur Selcat perlu dikaji semula. Selcat boleh terdiri daripada bekas hakim, pegawai kanan kerajaan dan tokoh-tokoh masyarakat terkemuka bukan hanya dianggotai oleh ahli-ahli politik sahaja seperti sekarang. Kami semua menyokong penubuhan Selcat tapi yang saya agak sedikit kecewa ialah dengan cara pengendalian Selcat itu.
"Anda tahu beberapa Pegawai Daerah sama ada yang dipanggil untuk disoal siasat atau diambil keterangan dan sebagainya, tetapi sebagaimana dilaporkan dalam pertemuan kita dengan Yang Dipertua-Yang Dipertua dan termasuk seluruh kepimpinan pentadbiran kerajaan negeri Selangor ini, mereka melahirkan rasa tidak puas hati mereka.
Mereka merasakan mereka diaibkan, mereka merasakan imej mereka terjejas, mereka merasakan mereka tidak dilayan seperti pegawai kanan kerajaan, sebaliknya dilayan seperti budak sekolah dan dengan asakan soalan-soalan... sebab itu mereka merasakan tiada ruang untuk memberikan jawapan-jawapan yang adil dan ada pegawai-pegawai daerah sendiri tidak tahu bentuk jawapan yang dikehendaki oleh Selcat, saya harap sesi pendengaran Selcat bulan depan ditangguhkan sehingga pengubahsuaian yang disarankan ini dilakukan.
3.PEMBELAAN TENG:
Tiada krisis dalam Pakatan Rakyat Selangor, yang berdepan krisis hanya Pesuruhjaya PAS, Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali. Saya merasakan beliau dalam krisis, bukannya Pakatan. Pakatan tiada dalam krisis sehingga sekarang.
Kita kukuh, kami mempunyai mandat yang kukuh. Saya melihat (Menteri Besar) Tan Sri Khalid Ibrahim menikmati populariti yang cukup tinggi... orang ramai gembira dengan apa yang beliau lakukan, orang ramai gembira dengan pembaharuan dilakukan beliau termasuk pembaharuan kepada Dewan Undangan Negeri.
4.KEJAHILAN HASSAN ALI:
Penubuhan Selcat merupakan amalan berparlimen, ia adalah jawatankuasa hak dan kebebasan dibentuk oleh Dewan Undangan Negeri. Tiada amalan sedemikian untuk tempoh selama 300 tahun yang lalu di mana jawatankuasa hak dan kebebasan dianggotai oleh bekas hakim dan anggota bukan Dewan.
Mungkin Hassan Ali yang jahil cetek politik dan kabur perlembagaan cuba melakukan rekod Malaysia dengan mewujudkan sesuatu yang baru berhubung amalan berparlimen selama ini.
5.TEMPELAK TENG KE MUKA HASSAN ALI:
"Saya mengatakan bahawa berdasarkan amalan berparlimen di negara-negara Komanwel sejak 300 tahun lalu, saya tidak mendengar keanggotaan sedemikian, jawatankuasa hak dan kebebasan terdiri daripada mereka yang bukan anggota Dewan," kata Teng sambil menjelaskan, aturan mesyuarat DUN juga menetapkan keanggotaan perlu datang daripada semua parti.
"Jadi kita perlu mengambil kira pengiktirafan itu. Parlimen adalah badan politik paling tinggi. Jadi, bagaimana anda boleh mengambil keluar unsur politik? Kita berada di sini juga menerusi politik. Jika sesiapa mahu membuat penghakiman, mereka harus menyertai bidang kehakiman, jadi hakim. Anda tidak boleh menyertai Parlimen, dengan anggota perundangan menjadi hakim.
6.KETIDAKWARASAN HASSAN ALI:
Hasan menjadi tumpuan dalam isu pengharaman jualan minuman keras di kedai serbaneka 24 jam di kawasan Shah Alam, Julai lalu.Teng, pemimpin DAP, juga mempersoalkan kapasiti Hasan bercakap mengenai isu Selcat buat masa sekarang.
"Ini bukan merupakan isu Pakatan. Beliau ada kapasiti, saya tidak tahu apa kapasiti yang beliau bercakap.
Apabila beliau bercakap mengenai pengharaman minuman keras, beliau bercakap sebagai pemimpin PAS. Bila bercakap sebagai pemimpin Pakatan, beliau bercakap mahu menukar setiausaha kerajaan negeri, penasihat perundangan, mahu tukar Pegawai Daerah dan Yang Dipertua pihak berkuasa tempatan.
"Dan, sekarang mahu mengubah Selcat. Saya tidak tahu apa kapasiti yang beliau mahu bercakap. Itu anda kena tanya beliau sendiri," kata Teng sambil menambah, perjalanan Selcat telah disambut baik oleh orang ramai.
"Orang ramai meletakkan harapan tinggi terhadap Dewan Undangan, Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, Selcat, dan kita perlu memenuhi harapan itu," katanya.
Katanya, jika ada pihak yang mahu mengubahnya, "saya fikir sudah tiba masa bagi mereka mengkaji semula kedudukan mereka.
"Selcat adalah sesuatu yang baru di negara ini, tetapi bukan sesuatu yang baru jika diambil kira amalan berparlimen negara-negara Komanwel. Kita perlu bergerak ke hadapan. Dan, jika perlu ada perubahan di sana sini, kita boleh duduk dan berbincang. Tapi jika mahu dibubarkan sama sekali, saya rasa tidak boleh.
"Tidak timbul soal pengubahsuaian. Saya tidak tahu apa yang dimaksudkan pengubahsuaian oleh Hasan Ali. Saya tidak melihat apa-apa masalah sekarang.
Posted by byPASs at 12:42 AM
Thursday, September 17, 2009
Pembangkang suka gambar Zambry kena simbah cat
Gambar Menteri Besar itu dipasang di simpang jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Sitiawan. Papan iklan itu memaparkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri daripada Dr Zambry kepada seluruh rakyat Perak.
Malangnya, dalam jutaan rakyat Perak, masih ada yang kurang cerdik. Mereka kurang cerdik kerana diupah atau disuruh oleh pemimpin yang kurang cerdik supaya berbuat apa saja asalkan matlamat mereka untuk berbuat kejahatan tercapai.
Inilah yang berlaku di Sitiawan. Gambar Menteri Besar disimbah cat merah, sehingga kelihatan sedikit kecacatan pada wajah manis pemimpin disayangi rakyat itu.
Tentu pemimpin pakatan pembangkang gembira dengan kejadian itu. Sudah tentu apabila hasrat tercapai, mereka akan meraikan mamat yang 'berani' melakukan perbuatan tidak bermoral itu.
Tidak dapatlah nak teka berapa puluh ringgit mamat dapat sebagai upah atas 'keberaniannya'. Tapi kira berbaloi jugaklah. Dan dapatlah gunakan untuk persiapan menyambut hari raya. Itu yang dapat Yeop katakan.
Tapi tak mengapalah. Walaupun tak ada saksi yang melihat kejadian itu, tetapi Allah Maha Melihat dan Mengetahui. Allah tidak akan menurunkan bala dalam sekelip mata ke atas pihak yang menderhaka kepada pemimpin. Allah merestui seperti biasa kehidupan orang berkenaan.
Tetapi wang yang dia dapat daripada hasil berbuat kejahatan itu adalah wang yang tidak diberkati Allah. Dan dia guna pula wang itu untuk makan minum atau diguna pakai oleh anak dan isteri, maka mereka ini termakanlah makanan atau pakaian haram.
Bagi Yeop, agama Islam yang Yeop anuti melarang umatnya daripada melakukan kejahatan, apatah lagi kepada pemimpin. Tak tahulah agama yang dianuti Islam pembangkang. Mungkin agama mereka menganjurkan perbuatan itu, barangkali.
Kalau tidak, masakan ada antara pemimpin tertingginya suka main belakang. Dan tidak sedikit antara pemimpin mereka mengamalkan rasuah.
Jadi tidak mustahillah mereka sanggup melakukan apa saja untuk memburukkan imej orang lain kerana agama yang mereka anuti itu membenarkannya. Inilah yang berlaku di Perak.
Saturday, September 12, 2009
Akhirnya Nizar sedar dia jadi boneka DAP
Akhirnya Mohamad Nizar Jamaluddin, bekas menteri besar boneka DAP Perak mengaku kalah dan membuat pengakuan secara terbuka akan kebenaran keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh untuk tidak mencampuri urusan Dewan Undangan Negeri (DUN).Kalau beliau dan konco-konconya mengaku dari awal lagi, tidaklah pakatan pembangkang Perak menerima malu dan dibenci oleh seluruh rakyat.
Setelah tiga ADUN pakatan pembangkang bertindak keluar dari gabungan itu untuk menyertai Bebas dan pada masa sama menyokong Barisan Nasional (BN), pakatan pembangkang hanya tinggal 28 kerusi dan BN pula melonjak kepada 31 kerusi.
Mana-mana peruntukan undang-undang sekali pun, yang majoriti akan diisytiharkan secara rasmi menang dan boleh membentuk kerajaan. Yang kurang kerusinya akan menjadi pembangkang. Inilah yang berlaku di Perak.
Tindakan Tuanku Sultan Azlan Shah untuk tidak membubarkan DUN Perak ketika tiga ADUN pakatan pembangkang keluar dari gabungan itu dan memberi sokongan kepada BN adalah tepat. Keputusan yang dibuat berdasarkan peruntukan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri.
Tetapi malangnya, Mohamad Nizar boneka ini yang ditekan hebat oleh DAP seperti enggan menerima kenyataan beliau bersama gengnya berada di pihak yang kalah.
Mereka yang mula-mula sekali membawa kes itu ke mahkamah. Kononnya mahu mencabar keputusan yang dibuat oleh Tuanku Sultan Azlan.
Sekarang apabila mahkamah memutuskan tidak ada kuasa mencampuri urusan DUN, mereka tidak boleh menerima hakikat itu dan dengan kecetekan ilmu undang-undang, mereka mencabar keputusan itu.
Mereka mendakwa mahkamah berat sebelah, mahkamah telah ditekan oleh BN dan macam-macam lagi kenyataan dikeluarkan yang semuanya berbentuk penghinaan kepada mahkamah.
Begini rupanya manusia yang tidak boleh menerima kenyataan mereka kalah dan tidak lagi disukai oleh rakyat. Mereka dengan sinis memerli, mempersenda dan mempermainkan undang-undang.
Begini rupanya manusia, kalau mahkamah membuat keputusan yang memihak kepadanya, mereka akan sanjung dan mengatakan mahkamah adil, tetapi pada masa sama jika keputusan sebaliknya, mereka mengutuk dan mencaci mahkamah, kononnya mahkamah tidak adil.
Namun Allah Maha Besar, pada majlis tazkirah Ramadan di Batu Gajah, kelmarin, Mohamad Nizar secara terang-terangan mengakui keputusan mahkamah itu adalah tepat dan betul. Dengan itu kerajaan negeri Perak yang sah adalah BN bukan pakatan pembangkang yang meletakkan beliau sebagai MB boneka kepada DAP.
Secara tersirat Mohamad Nizar menyedari dirinya telah dijadikan kambing hitam oleh DAP dan menyesal kerana telah menjual maruah Melayu kepada Cina DAP. Itulah yang difahamkan dengan kenyataan beliau.
Ini terbukti apabila pakatan pembangkang cuba mengadakan 'Sidang DUN' pada 2 September lalu, hanya beliau yang berada di depan untuk berlawan dengan polis, sedangkan pemimpin DAP berada di belakang (lihat gambar di atas).
Pemuda Pas berputih mata, permohonan ditolak
Keputusan itu dibuat setelah MBI mengambil kira pelbagai faktor termasuk kesejahteraan rakyat dan perkembangan ekonomi sekiranya mereka membenarkan Dewan Pemuda Pas mengadakan perhimpunan itu.
Sebagaimana yang berlaku di ibu kota baru-baru ini, rakyat yang tidak berdosa mengadu mengalami kerugian besar apabila perniagaan mereka merosot dan pengunjung dari luar yang bertandang ke ibu kota pula hampa kerana ketenangan mereka terganggu.
Demikian itu, maka MBI telah membuat keputusan bijak dan menolak permohonan Dewan Pemuda Pas daripada mengadakan perhimpunan itu.
Lagipun, tidak ada sebab pakatan pembangkang hendak berhimpun dan mendesak istana supaya membubarkan DUN. Istana tahu apa yang mereka buat dan istana tahu undang-undang Tubuhn Kerajaan Negeri sebelum membuat sebarang keputusan.
Sebab itu, istana tidak ragu-ragu merestui Barisan Nasional (BN) mengambil alih kerajaan negeri Perak daripada pakatan pembangkang yang dipimpin oleh menteri besar boneka DAP.
Sebenarnya Dewan Pemuda Pas dan Pemuda pakatan pembangkang sudah hilang arah. Ibarat penagih, kalau tidak dapat hisap dadah, hidu asap atau taik lembu cair pun kira dah okey. Begitulah halnya dengan usaha mereka nak mengadakan perhimpunan.
Mereka sudah tidak ada kerja nak dibuat. Nak bertemu dengan rakyat di peringkat akar umbi? Mereka tidak tahu nak janji apa, melainkan mengutuk pemimpin BN. Dan rakyat pula tidak sebodoh itu untuk mendengar dan menerimanya mentah-mentah.
Walaupun mereka menjanjikan akan mengadakan perhimpunan itu secara aman, sejarah membuktikan tidak pernah ada perhimpunan anjuran pembangkang berakhir dengan aman. Akan berlakulah walau sedikit kekecohan.
Tidak pun, mereka akan mereka-cipta kekecohan seperti bertindak di luar undang-undang semata-mata mengumpan anggota polis supaya bertindak menahan mereka. Dengan itu, mudahlah untuk mereka memberi alasan, polis yang memulakan dulu. Itulah yang berlaku di ibu kota tempoh hari.
Jadi, keputusan MBI tidak meluluskan permit perhimpunan secara aman adalah tepat. Rakyat perlu didahulukan. Tambahan pula rakyat sibuk membuat persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri, dan tidak elok mood mereka diganggu oleh perhimpunan yang langsung tidak memberi faedah itu.
Dewan Pemuda Pas ketika ini berusaha mencari publisiti murahan. Mereka hendak menonjolkan diri kepada umum, kononnya mereka sayap parti yang membela rakyat, yang mahu mengembalikan hak rakyat.
Persoalannya, apa yang mereka bela dan apa hak rakyat yang hendak mereka kembalikan? Rakyat sudah mendapat pembelaan sewajarnya daripada kerajaan BN dan BN tidak pernah merampas hak rakyat. Jadi hak itu sudah ada pada rakyat, Pemuda Pas tidak perlu terhegeh hegeh nak kembalikan hak.
Pemuda Pas sepatutnya muhasabah diri, cermin diri dulu. Saya syorkan Pemuda Pas ambil sebuah tempurung jantan yang tak ada lubang di tengah tu, kemudian kencing di dalamnya. Bila air kencing itu dah tenang, cuba jengukkan muka dan tengok wajah. Cantik atau hodoh.
Saya berani jamin, kebanyakan pemimpin Pemuda Pas hanya berani bercakap melalui media. Biasanya orang seperti ini tidak boleh dijadikan pemimpin kerana akan tewas sebelum berjuang. Orang yang tewas sebelum berjuang inilah yang cakap berdegar-degar, sedangkan taik penuh diekor.
Tuesday, September 8, 2009
Siapa Chin Peng yang Anwar Ibrahim, PR bela
Kata-kata Anwar itu dan beberapa pemimpin pakatan pembangkang secara tidak langsung telah mengguris banyak hati dan perasaan terutama bekas tentera dan ahli keluarganya yang terlibat menentang keganasan pengganas komunis.
Hendak tahu sejauhmana kekejaman Chin Peng bacalah artikel di bawah ini. Selepas membacanya cubalah kita membuat penilaian, siapakah Anwar Ibrahim dan siapakah yang berusaha hendak memerintah negara dan negeri ini sehingga orang Melayu cuba diperkotak-katikkan oleh Cina DAP. Bacalah... dan hayatilah.
Kekejaman Bintang Tiga
Oleh Bennie Zie Fauzi
bennie@bharian.com.my
![]() |
Bau hanyir darah, sungai jernih bertukar merah, mayat bergelimpangan
DITANGKAP dan disembelih hidup-hidup, darah menyembur keluar dari leher yang hampir putus, tubuh terangkat ke atas dan menggelepar menahan seksa sakratulmaut. Bunyi geruh menarik nafas akhir amat gerun dan memilukan. Tidak cukup dengan itu, walaupun batang tubuh sudah tidak bergerak dan basah bermandi darah, dagingnya ditakik pula sebelum dibakar dan dihumban ke dalam lubang sedalam paras paha.
Perbuatan kejam dan di luar peri kemanusiaan itu adalah gambaran kekejaman komunis yang bermaharajalela ketika era darurat dari 1948 sehingga 1960.
“Jepun menyerah kalah selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom pada 6 Ogos 1945. Sebaik mendapat khabar, komunis keluar daripada tempat persembunyian di hutan dan menunjukkan kekuatan dengan membunuh sesiapa saja yang dipercayai bersekongkol dengan Jepun,” katanya.
Gambaran kekejaman Bintang Tiga dijelaskan beliau pada ceramah program Bicara Tokoh Darurat sempena pameran Darurat-Rentetan Sejarah 1948-1960 anjuran Muzium Negara yang berlangsung dari 30 Jun hingga 30 Ogos lalu.
![]() |
Shafie berkata, keadaan huru-hara di Malaya ketika itu menyebabkan hubungan antara kaum tegang biarpun keanggotaan PKM bukan di kalangan kaum Cina saja.
“Hubungan antara kaum ibarat paku berselirat. Mereka terlalu berhati-hati baik dalam pergaulan mahupun percakapan kerana takutkan musuh dalam selimut.
“Si penjual sayur yang berjaja setiap pagi menjadi pembelot pada malam hari apabila membawa PKM mengepung kediaman penduduk yang lancang mengkritik komunis,” katanya. Disebabkan tidak mahu ditimpa kesusahan, masyarakat ketika itu rela bergelap dan berkurung di rumah biarpun Maghrib belum menjelang.
Shafie berkata, ancaman PKM tidak dihadapi orang Melayu saja, bahkan ada kaum Cina terutama suku Tionghua selalu menerima ugutan, diganggu malah harta mereka dirampas menyebabkan mereka memilih mendiami kawasan pinggir hutan.
![]() |
Perang Vietnam memburukkan keadaan kerana memberi ilham untuk menghasilkan jerangkap samar atau bobby trap kepada pengganas komunis. Pemberontakan komunis ketika ini di seluruh dunia melalui fasa kedua dengan melakukan serangan lebih agresif dan membunuh.
“Permatang (laluan) tentera dan polis dipasang jerangkap samar menyebabkan ramai anggota keselamatan terkorban, kudung kaki dan tangan. Pemilik ladang dan lombong dikelar, tanaman getah ditetak, manakala kereta api yang membawa hasil komoditi itu diserang, diterbalikkan dan dibakar. Hakikatnya, ini cara komunis melumpuhkan ekonomi negara,” katanya.
Namun, kata Shafie, kekejaman komunis meragut kesabaran rakyat, terutama orang Melayu apabila balai polis diserang, dibakar dan menagih korban bukan saja di kalangan anggota bertugas, bahkan anak isteri dibunuh tanpa belas kasihan.
Balai Polis Bukit Kepong, Kuala Krai, Simpang Pertang dan Pekeliling musnah dihujani peluru dan bom tangan membangkitkan kemarahan masyarakat,” katanya ketika mengenang semula keganasan dicetuskan anak buah Chin Peng itu.
Sehubungan itu, katanya, Chin Peng tidak patut diberi peluang kembali ke negara ini biarpun perancang utama dan tulang belakang PKM itu sudah lanjut usianya.
“Bagaimana kita boleh memaaf dan melupakan kekejaman Chin Peng ketika itu. Dia bukan saja pencetus huru-hara bahkan menyebabkan ramai pejuang negara kehilangan anggota. Betapa menyedihkan keadaan tanah air ketika itu hingga tanah berbau hanyir darah, sungai jernih bertukar merah, mayat bergelimpangan dan mereput sendiri. Jelas kelihatan hutang darah dibayar darah, jika masih ada usaha membawa pulang pengkhianat itu, kami anggota keselamatan tidak akan berdiam diri,” katanya penuh semangat.
Bekas Panglima Medan Tentera Darat, Lt Jen Datuk Seri Zaini Mohd Saidi walaupun ketika darurat masih kecil dan berusia dua tahun, namun beliau mengerti kesengsaraan dan ketakutan yang ditanggung orang sekelilingnya.
“Saya membesar dalam kekalutan, hilang kebebasan bahkan lebih teruk, melabelkan suku kaum tertentu sebagai komunis. Keadaan ketika itu sangat menekan perasaan sehinggakan untuk pulang ke kampung saya di Lenggeng, Negeri Sembilan dari Kuala Lumpur harus melalui tidak kurang 10 sekatan jalan raya, perintah berkurung dikenakan selepas jam 6 petang, manakala permit diperlukan bagi beras dan gula mempunyai berat lebih sekati,” katanya.
Namun, paling dikesali beliau ialah kesan pemberontakan komunis yang mencipta sentimen benci di antara kaum, khususnya Melayu dan cina.
“Angka korban darurat dianggarkan mencecah 2,542 orang membabitkan semua kaum terutama Melayu dan Cina. Pantang silap sikit ketika itu, akan tercetus perkelahian kaum yang berakhir dengan kematian,” katanya.
PKM di bawah pimpinan Chin Peng membiak ke angka 10,000 anggota pada akhir 60an berbanding 400 anggota asal. Matlamat awal untuk memerangi kuasa Jepun sebaliknya melahirkan gerombolan gerila yang berniat jahat menimbulkan huru-hara.
“Generasi kini patut mengenang semula pahit getir perjuangan dan kesediaan anggota keselamatan berkorban nyawa demi negara. Azab dua tiga bulan berkampung di hutan tidak terungkap dengan kata-kata, namun itu sudah menjadi tugas kami untuk melindungi keselamatan rakyat,” katanya.
Fahami sejarah kemerdekaan
KEMERDEKAAN dikecapi hari ini bukan diperoleh secara mudah tetapi dibina dengan keringat, darah dan air mata.
Penghayatan kemerdekaan tidak terhad dengan mengibarkan bendera, menganjurkan perarakan warna-warni, konsert dan menyanyikan lagu ‘Negaraku’ semata-mata tetapi sewajarnya rakyat dilatih mengenang semula perjuangan generasi terdahulu membebaskan negara daripada penjajahan, selain memahami proses bagaimana akhirnya kemerdekaan menjadi milik negara.
Kependudukan Jepun yang bertunjangkan slogan ‘Asia untuk Asia’ berjaya merubah senario politik Tanah Melayu apabila British tidak lagi dianggap kuasa imperialisme kebal. Bertujuan mengembalikan maruah peribadi, namun diuar-uarkan atas nama membebaskan Tanah Melayu daripada cengkaman Jepun, British menjalinkan kerjasama dengan Parti Komunis Malaya (PKM) pada 8 Disember 1940.
Namun, British silap perhitungan apabila PKM yang sepatutnya menyebelahi mereka, sebaliknya bermaharajalela mengisi kekosongan ditinggalkan Jepun yang kalut dengan kemelut pengeboman Hiroshima dan Nagasaki pada Ogos 1946.
Pengaruh fahaman komunis semakin meluas menjelang 1948. Malah, untuk merealisasikan wawasan penubuhan Republik Komunis Malaya, PKM menukarkan namanya kepada Malayan People Anti-British Army (MPABA) sekali gus menjadi platform melancarkan serangan lebih agresif untuk melumpuhkan British.
Tiga peringkat strategi dirangka komunis untuk mengambil alih Tanah Melayu bermula dengan menghasut kesatuan sekerja mengadakan mogok. Usaha ini gagal apabila British meluluskan Trespass Law (undang-undang pencerobohan) yang menyekat kesatuan memasuki ladang bagi tujuan berceramah dan menstruktur organisasi pekerja. Ordinan persatuan yang mewakili pekerja juga dipinda dan dikemaskini pada 12 Jun 1948 iaitu mewajibkan semua kesatuan sekerja mendaftar dengan pihak berkuasa.
Strategi kedua PKM ialah menguasai bandar kecil, seterusnya mendirikan markas PKM yang diisytiharkan British sebagai kawasan putih. Bagi memastikan dasar dan rancangan mereka berjalan lancar, Gerakan Rakyat (Min Yuen) berciri serampang dua mata ditubuhkan.
Gerakan Rakyat ini bertanggungjawab membekalkan makanan kepada ahli PKM yang melarikan diri ke dalam hutan selepas pengharaman parti itu, selain mengumpul maklumat berkaitan strategi kerajaan menghapuskan mereka.
Pemberontakan bersenjata terkandung dalam strategi terakhir. Melaluinya, anggota dilatih menguasai taktik perang gerila, selain menubuhkan unit kecil berfungsi menakutkan penduduk Tanah Melayu membabitkan pertumpahan darah warga British dan sekutunya.
Kekejaman demi kekejaman yang dilakukan memaksa British mengambil pendekatan drastik mengisytiharkan darurat di seluruh Tanah Melayu pada 18 Jun 1948.
Meskipun darurat menyusahkan rakyat kerana mengekang pergerakan, mengorbankan banyak nyawa serta menyebabkan kerosakan harta benda, dari perspektif lain, insiden darurat sebenarnya mempercepatkan lagi proses memerdekakan Tanah Melayu apabila British bersetuju ia ditadbir anak tempatan.
Info
Kes keganasan komunis
Peristiwa berlaku pada jam 7.30 pagi membabitkan serangan pengganas ke atas sebuah lori dan dua bas yang membawa anggota polis. Tiga anggota polis dan enam orang awam terkorban, manakala dua mata-mata polis serta 12 orang awam cedera parah.
Segerombolan pengganas komunis dikatakan melepaskan tembakan bertubi-tubi selama 10 minit, merampas harta penumpang dan mengacukan senapang kepada mereka.
Tragedi ini mengorbankan tiga pengurus ladang berbangsa Eropah iaitu T.G Christian, A.E Walker dan J.M Allison. Pembunuhan ini menggemparkan penduduk tempatan, seterusnya penyebab kepada pengisytiharan Undang-undang Darurat di Perak.
Ia adalah pengumuman darurat pertama sebelum ia diperluaskan di seluruh Tanah Melayu pada 18 Jun 1948. Pembunuhan ini disifatkan sebagai kemuncak keganasan komunis yang mula berleluasa sejak tamat Perang Dunia Kedua di negara ini.
Ia dilakukan kira-kira 20 pengganas komunis lengkap bersenjata. Kemuncak kejadian ialah serangan ke atas balai polis yang menyebabkan kerajaan mengalih langkah mengumumkan perintah darurat berkuat-kuasa serta-merta.
Lombong ini ditawan komunis sebagai strategi melumpuhkan ekonomi negara. Ia bukan saja mengakibatkan operasi kilang terhenti, malah seluruh kilang dimusnahkan manakala lima pekerja berbangsa Cina terkorban.
Serangan membabitkan kira-kira 20 pengganas itu memusnahkan beberapa kenderaan dan peralatan kuari.
Serangan ini mengorbankan lapan anggota polis termasuk seorang sarjan Inggeris manakala enam anggota polis Melayu cedera parah.
Kira-kira 80 pengganas komunis menyerang dan membakar kampung yang mengakibatkan 1,000 penduduk kehilangan tempat tinggal dan harta benda.
150 pengganas komunis yang diketuai Mat Indra menyerang balai polis pada jam 4.30 pagi. Tragedi memilukan ini mengorbankan 23 mangsa membabitkan 13 anggota polis, enam pengawal kampung, tiga wanita dan seorang kanak-kanak.
Pertempuran antara kira-kira 250 pengganas komunis dengan platun Kompeni D Batalion Ketiga Rejimen Askar Melayu Diraja berjumlah 25 orang. Serangan berlaku pada jam 10.30 pagi ketika platun berkenaan menyusuri sungai. Sejumlah 17 orang anggota tentera terbunuh dengan lapan cedera.
Sir Henry, Pesuruhjaya Tinggi British pada 1948 hingga 1951 diberi tanggungjawab membanteras ancaman komunis di Tanah Melayu. Dia dan isteri ditembak mati ketika dalam perjalanan ke Bukit Fraser dari Kuala Lumpur untuk bercuti.
Serangan ini mengorbankan empat orang awam, termasuk pemandu kereta api, K Vettivelu. Kejadian berlaku pada waktu malam ketika kereta api berkenaan berada kira-kira sebatu dari Tebong berhampiran Tampin.
Sabotaj dilakukan dengan mengalihkan landasan mengakibatkan kereta api tersasar, manakala sebahagian gerabak terbabas serta tergelincir kira-kira 10 meter ke bawah landasan. Kereta api itu ditembak bertubi-tubi sekali gus mencederakan 20 penumpang. Antara mangsa terselamat, termasuk Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad dan isteri serta dua putera baginda.
Ia adalah tindak balas pengganas komunis terhadap pemilik ladang yang enggan bekerjasama dengan mereka. Perbuatan menetak pokok juga bertujuan melumpuhkan ekonomi yang ketika itu banyak bergantung kepada hasil pengeluaran getah.
Keputusan DUN Perak muktamad
Oleh Mohd Feroz Abu Bakar
bhnews@bharian.com.my
V Sivakumar (kiri) dan R Ganesan |
IPOH: Keputusan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak menyingkirkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tronoh dari DAP, V Sivakumar, sebagai Speaker DUN adalah muktamad dan tidak boleh dicabar oleh mana-mana mahkamah.
Perkara itu diputuskan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azahar Mohamed, selepas membatalkan saman Sivakumar terhadap Speaker DUN, Datuk R Ganesan, di sini semalam.
Azahar berkata, mahkamah tidak boleh mencampuri keputusan yang dibuat pada sidang DUN Perak, 7 Mei lalu kerana ia diputuskan secara betul mengikut Perkara 72, Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan urusan persidangan DUN dijalankan secara sah dan tidak boleh dipersoal dalam mana-mana mahkamah.
"Sebarang perkara yang dibangkitkan berhubung dengan pemecatan atau pelantikan Speaker dalam sidang DUN perlu dikaji, dibincang dan diselesaikan di dewan berkenaan dan bukannya mahkamah.
"DUN Perak mempunyai bidang kuasa eksklusif berhubung perkara itu. Bagi saya, begitu juga dengan mahkamah ini, keputusan dewan berkenaan pada 7 Mei 2009 menyingkirkan plaintif (Sivakumar) sebagai Speaker dan pelantikan defendan (Ganesan) sebagai Speaker adalah konklusif dan sudah ditentukan secara adil oleh sidang dewan pada tarikh itu," katanya.
Pada 15 Mei lalu, Sivakumar memfailkan saman terhadap Ganesan memohon ganti rugi ke atas serangan dan kecederaan serta tahanan secara tidak sah ketika sidang DUN itu.
Sivakumar juga memohon untuk mendapat perintah injuksi terhadap Ganesan daripada menghalang beliau menjalankan tugas sebagai Speaker.
Azahar berkata, tindakan Sivakumar mempersoalkan keesahan berhubung penyingkiran dan pelantikan sama seperti mempersoalkan keesahan Perlembagaan, sekali gus bercanggah dengan Perkara 72.
Sehubungan itu, katanya, mahkamah tidak mempunyai pilihan melainkan membatalkan saman Sivakumar dengan kos.
Di luar mahkamah, peguam Ganesan, Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin, berkata keputusan mahkamah itu selaras dengan hujah pihaknya berhubung hak keistimewaan DUN dan semua urusan persidangan itu tidak boleh dibawa ke mahkamah.
"Semua dakwaan yang dibawa oleh Sivakumar terhadap Ganesan adalah remeh dan mahkamah tidak mahu campur tangan terhadap fungsi dan kawalan atau Sidang DUN.
"Apa yang penting, kerajaan sedia ada terus menjalankan tugasnya. Saya harap ini akan menghentikan keadaan tidak menentu di negeri ini dan pelbagai saman terhadap Speaker sekarang. Perjalanan sidang DUN terkandung dalam hak keistimewaan DUN dan tidak boleh dibicarakan atau dibawa ke mahkamah.
"Oleh itu, penyingkiran Sivakumar sebagai Speaker dilakukan secara teratur dan sah," katanya.
Peguam Sivakumar, Chan Kok Keong, pula berkata beliau akan meneliti keputusan hakim dan berbincang dengan anak guamnya sama ada untuk merayu atau sebaliknya.
Selain Firoz Hussein, Ganesan diwakili Datuk Mohd Hafarizam Harun, Chang Mai, Syed Faizal Syed Abdullah, Abu Bakar As-Sidiq, Badrul Hishah Wahap dan Faizul Hilmi Ahmad Zamri.
Pakatan Rakyat gabungan haram PKR-Pas-DAP
Hasil daripada 'gabungan' antara PKR, Pas dan DAP, maka wujudlah gagasan yang dinamakan pakatan rakyat. Kerana 'pakatan' inilah... apabila kerusi yang mereka menang dalam pilihan raya umum ke-12 lebih banyak daripada kerusi BN, lalu diisytiharkan sebagai kerajaan.
Sedangkan, secara logik dan kalau mengikut undang-undang pendaftaran sekali pun, pakatan rakyat ini tidak boleh membentuk kerajaan sebab mereka bukan sebuah pakatan yang berdaftar dengan pertubuhan pendaftaran syarikat sebagaimana BN.
Tetapi entah kenapa, mungkin sikap kerajaan Malaysia yang diterajui UMNO/BN terlalu lembut, makanya mereka melulus atau mengisytiharkan beberapa negeri diperintah oleh PR iaitu sebuah pakatan pembangkang yang tidak sah.
Pada Yeop, hanya Kelantan yang betul-betul kerajaan negeri yang diperintah oleh pembangkang iaitu Pas, manakala Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor tetap BN, bukan PR.
Yeop kata begitu sebab kalau PR nak jadi seperti BN... PR perlu mendaftar sebagai badan politik yang sah. PR perlu mempunyai pengerusi sebagaimana BN ada Pengerusi. PR perlu ada PR negeri, sebagaimana BN ada BN negeri yang diketuai oleh Pengerusi Badan Perhubungan sesebuah parti. PR pun perlu ada logo atau lambang sebagaimana BN ada lambang iaitu dacing.
Ini tidak berlaku kepada PR. Setiap kali kalau ada pilihan raya umum atau pilihan raya kecil, calon PR yang dipilih untuk bertanding bagi sesebuah kerusi akan memakai lambang parti masing-masing, bukan lambang PR.
Ini tidak berlaku pada BN. Calon yang bertanding, tidak kira daripada UMNO atau MCA, MIC, PPP, Gerakan dan komponen parti-parti di Sabah dan Sarawak akan memakai lambang BN iaitu dacing.
Jadi, ini yang dikatakan PR adalah sebuah nama yang tidak sah, atau dengan lain perkataan, haram. Kalau tidak sah dan haram, kerajaan negeri Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan kumpulan Nizar Jamaluddin di Perak adalah tidak sah dan haram.
Nizar dan Sivakumar kena sedar hal ini. Mereka kena sedar siapa diri mereka sebenarnya. Sebab itu, apabila Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir meminta PR cermin diri dulu, ia memberi makna yang mendalam. Kata-kata itu meminta kita sebagai rakyat berfikir, siapa sebenarnya PR dan layakkah mereka membentuk kerajaan.
Gabungan parti PKR, Pas dan DAP hanya sekadar persetujuan mereka untuk memberi sokongan antara satu sama lain. Gabungan ini yang dinamakan pakatan. Mereka berpakat untuk berbaik dan menyokong sesama mereka. Hasil pakatan ini melayakkan mereka dipanggil pakatan pembangkang, bukan pakatan rakyat.
Dari mula lagi Yeop tak pernah sebut Pakatan Rakyat, sebaliknya memanggil pakatan pembangkang. Ini lebih sesuai dengan situasi mereka sekarang. Yeop akan panggil mereka sebagai Pakatan Rakyat kalau mereka berdaftar sepertimana BN. Selagi bersekedudukan secara haram dan melahirkan anak luar nikah, selagi itu Yeop akan panggil pakatan pembangkang.
Kalau sekadar meletakkan nama, kemudian diangap sebagai sah, Yeop boleh buat begitu.
Sunday, September 6, 2009
Sah Nizar, Siva gila talak


Yeop dah betul-betul meluat tengok muka Siva dan Nizar masa 'Sidang DUN' Rabu lalu. Dan pada masa sama, Yeop suka hati tengok polis menangkap beberapa wakil rakyat pakatan pembangkang yang berarak ke bangunan SUK kononnya hendak mengadakan 'Sidang DUN".
Apabila Yeop mengamat-amati gambar yang memaparkan situasi itu, Yeop naik geram, marah dan benci amat sangat pada wakil rakyat berkenaan. Apa tidaknya, kerana merekalah ekonomi Perak terbantut daripada berkembang.
Kerana wakil rakyat bodoh inilah rakyat Perak tidak lagi bersatu padu seperti sebelum ini. Mereka sentiasa mengapi-apikan rakyat supaya benci kepada UMNO dan BN. Walaupun UMNO dan BN telah berbuat kebaikan, tetapi ada-ada saja keburukan yang dipaparkan oleh wakil rakyat jenis pengecut ini.
Yeop bukan apa... Yeop sentiasa mahukan negeri Perak berada dalam keadaan aman. Tetapi malangnya bagi rakyat Perak keseluruhannya apabila beroleh wakil rakyat yang pendek akal seperti yang ada dalam pakatan pembangkang.
Yeop selalu tertanya-tanya, bilakah riwayat mereka ini akan berakhir sebagai wakil rakyat? Yeop berdoa begitu kerana Yeop mahu satu hari nanti Perak mempunyai wakil rakyat yang benar-benar berjiwa rakyat dan bersifat seperti pemimpin sebenar.
Yeop tak suka kepada pemimpin pakatan pembangkang sekarang. Mereka bertindak keterlaluan. Mereka jenis yang mementingkan diri sendiri. Mereka jenis yang suka mempergunakan rakan untuk mencapai hajat dan cita-cita peribadi serta politik.
Ditambah pula rakan mereka dari kalangan Melayu/Islam adalah jenis pemimpin yang bodoh dan mudah dicucuk hidungnya macam lembu, lalu mudah dan senanglah rakan bukan Islam memperkotak-katikkannya.
Inilah yang Yeop lihat berlaku dalam pakatan pembangkang Perak yang diketuai Nizar. Dan Sivakumar pula, mentang-mentah rakan DAP lantiknya sebagai speaker ketika pakatan pembangkang mentadbir Perak pada Mac tahun lalu, bertindak seperti lelaki gila talak setelah jawatannya dilucutkan.
Begitu juga Nizar yang dilantik sebagai menteri besar oleh rakan gabungannya DAP ketika itu. Dan setelah pakatan pembangkang dinafikan hak daripada menjadi kerajaan negeri kerana tiga ADUNnya bertindak meninggalkan parti itu untuk menyertai Bebas, maka tindakan Nizar yang bukan lagi MB, juga macam lelaki gila talak.
Kedua-duanya yang menjadi boneka kepada DAP masih mengaku sebagai MB dan Speaker. Padahal Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri dan Mahkamah Tinggi Putrajaya sendiri telah memutuskan kerajaan negeri yang sah ialah BN.
Keputusan Sultan Perak untuk tidak membubarkan DUN setelah berlaku peralihan tampuk pemerintahan dilihat sebagai tindakan bijak. Baginda adalah seorang Raja dan Sultan yang pandai dalam hal ehwal undang-undang. Jadi, Yeop tabik hormat kepada baginda kerana tidak terburu-buru dalam membuat keputusan.
Dengan itu juga, maka berputih matalah para pemimpin pakatan pembangkang. Antara wakil rakyat yang paling kecewa dengan keputusan Sultan untuk tidak membubarkan DUN ialah DAP. Ini kerana DAP Perak turut mempunyai perancangan jangka panjang sebagaimana dilakukan DAP Pulau Pinang.
Apa perancangan itu, akan Yeop dedahkan dalam keluaran akan datang. Untuk yang ini, ini dulu. Selamat menjalani ibadah puasa.
YEOP: Gila kerja.



