Yeop dapat bayangkan dengan jelas betapa gembiranya penyokong pakatan pembangkang apabila mereka berjaya menyimbah cat merah pada gambar Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.
Gambar Menteri Besar itu dipasang di simpang jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Sitiawan. Papan iklan itu memaparkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri daripada Dr Zambry kepada seluruh rakyat Perak.
Malangnya, dalam jutaan rakyat Perak, masih ada yang kurang cerdik. Mereka kurang cerdik kerana diupah atau disuruh oleh pemimpin yang kurang cerdik supaya berbuat apa saja asalkan matlamat mereka untuk berbuat kejahatan tercapai.
Inilah yang berlaku di Sitiawan. Gambar Menteri Besar disimbah cat merah, sehingga kelihatan sedikit kecacatan pada wajah manis pemimpin disayangi rakyat itu.
Tentu pemimpin pakatan pembangkang gembira dengan kejadian itu. Sudah tentu apabila hasrat tercapai, mereka akan meraikan mamat yang 'berani' melakukan perbuatan tidak bermoral itu.
Tidak dapatlah nak teka berapa puluh ringgit mamat dapat sebagai upah atas 'keberaniannya'. Tapi kira berbaloi jugaklah. Dan dapatlah gunakan untuk persiapan menyambut hari raya. Itu yang dapat Yeop katakan.
Tapi tak mengapalah. Walaupun tak ada saksi yang melihat kejadian itu, tetapi Allah Maha Melihat dan Mengetahui. Allah tidak akan menurunkan bala dalam sekelip mata ke atas pihak yang menderhaka kepada pemimpin. Allah merestui seperti biasa kehidupan orang berkenaan.
Tetapi wang yang dia dapat daripada hasil berbuat kejahatan itu adalah wang yang tidak diberkati Allah. Dan dia guna pula wang itu untuk makan minum atau diguna pakai oleh anak dan isteri, maka mereka ini termakanlah makanan atau pakaian haram.
Bagi Yeop, agama Islam yang Yeop anuti melarang umatnya daripada melakukan kejahatan, apatah lagi kepada pemimpin. Tak tahulah agama yang dianuti Islam pembangkang. Mungkin agama mereka menganjurkan perbuatan itu, barangkali.
Kalau tidak, masakan ada antara pemimpin tertingginya suka main belakang. Dan tidak sedikit antara pemimpin mereka mengamalkan rasuah.
Jadi tidak mustahillah mereka sanggup melakukan apa saja untuk memburukkan imej orang lain kerana agama yang mereka anuti itu membenarkannya. Inilah yang berlaku di Perak.
ASEAN bentuk pasaran bersepadu mulai tahun depan
11 years ago

No comments:
Post a Comment