Thursday, September 24, 2009

Teruskan Sidang DUN, pedulikan pembangkang

Pakatan pembangkang Perak dari awal lagi menyatakan tidak akan hadir ke persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) bulan depan. Persidangan itu telah mendapat perkenan Tuanku Sultan Perak dan tarikhnya akan diumumkan secara rasmi oleh Speaker Datuk Ganesan.

Keengganan pembangkang hadir ke sidang DUN sebenarnya tidak akan menjadi kudis gatal kepada kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. Beliau boleh meneruskan persidangan itu tanpa kehadiran pembangkang pun.

Persidangan tanpa pembangkang ini pernah berlaku di Kelantan pada awal tahun 1990-an apabila semua kerusi DUN dibolot oleh Angkatan Perpaduan Ummah (APUN) yang menyaksikan gabungan Parti Melayu Semangat 46 dengan Pas.

APU di Kelantan ketika itu menyapu bersih semua kerusi sehingga tidak ada satu kerusi pun dimenangi oleh Barisan Nasional (BN). Jadi, hal ini dianggap sama dengan Perak. BN Perak kini mempunyai 31 kerusi, manakala pembangkang 28 kerusi. Kalau BN Perak bersidang dan meluluskan usul sekali pun, persidangan itu dianggap sah kerana mempunyai suara majoriti dan mendapat perkenan Sultan.

Kenapa BN Perak perlu takut kepada pembangkang yang diketuai Nizar dan Sivakumar? Mereka berdua ini tidak dapat berbuat apa-apa melainkan, mereka hanya takut kepada rakan gabungannya DAP.

Dr Zambry tidak perlu takut. Sidang DUN boleh diteruskan bulan depan. Jangan fikirkan soal ketidakhadiran pembangkang, BN kena fikirkan masa depan rakyat Perak. Pilihan raya umum lambat lagi, ketika inilah BN perlu mencari jalan untuk memikat hati rakyat. Pedulikan pembangkang. Memang tugas mereka hanya membangkang membuta tuli. Itu tugas mereka. Biarkan si Luncai dengan labu-labunya.

No comments:

Post a Comment